Tuesday, March 19, 2013

PAPA GOMO DAN BEKAS ISTERINYA

Readmore »

Antara Anwar Ibrahim & Anuar Anak Berahim

Anuar Anak Berahim berlakon Anwar Ibrahim lemah longlai.
Anwar Ibrahim asli tegap dan bergaya
Readmore »

PRESS RELEASE: Anwar sues UMNO-linked blogger Papa Gomo over latest fake sex video allegations

Real Anwar Ibrahim ( Panjang Tengoknya )

Anuar Anak Berahim ( Pendek Tengoknya ) 
Federal opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has today commenced legal proceedings against one Wan Muhammad Azri b Wan Deris who is the owner/operator of the Umno-linked website known as " Papa Gomo ". On 16th March 2013, the Papa Gomo website published fake photos and vicious allegations against Datuk Seri Anwar in an attempt to implicate him in another fabricated sex video. The faking and distribution of photos and false allegations of a sexual nature against Anwar has become a trademark of the gutter politics practised by Umno and its bloggers.

The blogger Papa Gomo is notorious for his close and confidential ties with the Umno leadership, including Umno Vice President Datuk Ahmad Zahid Hamidi. In December 2011, the blogger was even allowed privileged access to KD Tun Razak, which is one of our Navy's newest and most advanced submarine, during a controversy between BN and PR on defence capabilities.

The hidden hand of Umno is thus clearly present behind this latest disgusting attack upon the character and reputation of the leader of Pakatan Rakyat. Umno' s heavy reliance upon this type of sleazy politics and dubious bloggers highlights their utter moral and ethical collapse. It proves Umno-BN's complete unfitness to continue to rule and administer our nation.

In the letter of demand sent today, Anwar's solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million. The sum of damages demanded reflects the blogger's close ties with Umno amd Umno's clear backing for him. 

Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN
19 March 2013

Readmore »

Tuesday, March 12, 2013

Detergent Jenama BN

Readmore »

Friday, March 8, 2013

Bila rakyat Pulau Pinang kata 'NO' apa komen Majlis Pimpinan Keadilan?

Wawancara 'Sensasi 5 soalan' Buletin Rakyat 
dengan Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang.

Buletin Rakyat ( Soalan 1 ) : Apa motif rakyat Pulau Pinang berkata "NO" apabila Datuk Seri Najib berkata "are you ready for BN" dalam rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional ( BN ) Pulau Pinang baru-baru ini?

Abdul Latif : Ini jelas membuktikan rakyat di Pulau Pinang khususnya masyarakat Cina,tidak mudah dipengaruhi oleh BN melalui momokan politik yang sedang dimainkan pimpinan parti itu.Walaupun mereka berhadapan denga kehadiran seorang pemimpin negara yang berkuasa ketika ini,ianya amat memalukan.

                    Perkataan "NO" atau tidak yang mereka luahkan di hadapan pemimpin BN seperti Datuk Seri Najib tidak harus dipandang ringan.Selain rakyat bijak membuat keputusan,ianya membuktikan penolakan secara jelas dan terang tanpa bersembunyi dihadapan puluhan ribu hadirin yang sebenarnya ingin berhibur dengan kehadiran Psy dari Korea Selatan.Oleh kerana itu,angan-angan BN untuk merampas kembali Pulau Pinang akan menjadi igauan yang tidak mungkin menjadi realiti menjelangnya pilihanraya umumyang akan datang.

.........dapatkan Buletin Rakyat keluaran 15 Mac 2013 dipasaran......
Readmore »

KENYATAAN MEDIA: TIAN CHUA: JAWAPAN KEPADA SERANGAN MEDIA

Kenyataan Media

9 March 2013


Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrOoper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.

Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno. Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.

Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara. Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.

Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan.

Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com:

Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media black-out di Malaysia.

Perenggan yang kemudian, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam kontek ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF. Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain.

Perkara ini dirumitkan lagi bila ada blogger Umno termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan berita bahawa saya berucap di Puchong menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat "Komando Mati Katak". Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini.

Saya amat kesal terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif politik.

Dalam keadaan negara kita menghadap ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokong penuh kepada Pasukan Keselamatan kita. Malangnya, kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan. Sepatutnya ahli-ahli politik harus menunjukkan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis negara.

Saya harap episod tuduh-menuduh ini boleh dihentikan serta-merta. Kepada anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu-domba politik di antara kerajaan dan pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan perjuangan, rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua.



Tian Chua
Readmore »

Sunday, March 3, 2013

Manifesto Pakatan Harapan Rakyat


Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan ‘hidup mati’ perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.
Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat ‘terpaksa’ menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.
Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia ‘mendictate’ institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.

Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.

Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan.

Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.

Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara ‘absolute’ kepada mereka, sehingga tiada ‘check and balance’ boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.

Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau.

Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat.

Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.

Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum.

Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.

Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama.

Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah.

Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.

Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.

Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.

Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.

Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN.

Readmore »

INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

ANWAR IBRAHIM
1 MAC 2013
Readmore »